NigElla Sativa
RM 43.00 30 ml |
NigElla Sativa (Al Habbatus Sauda)
Apakah khasiat Habbatus Sauda pada Kesihatan badan?. Artikal ini akan membincangkan beberapa khasiat Habbatus Sauda, kandungan nutrisi dan kompaun penting di dalamnya. Apakah itu Habbatus Sauda? Habbatus Sauda atau Jintan Hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh di dapati di kebanyakkan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar. Biji Habbatus Sauda diproses atau di kisar sehingga keluar minyaknya dan di makan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. ia juga di gunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti |
India, Asia Barat dan poland. Ia di katakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano
Kandungan Nutrisi Habbatus Sauda
Habbatus Sauda telah digunakan dalam dunia kesihatan sejak berkurun lama dahulu sebagai rawatan alternatif. Sehingga kini, kebaikannya terhadap kesihatan masih di kaji. Habbatus Sauda dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan. Kompaun Penting Di Dalamnya Apa yang membuatkan Habbatus Sauda dikatakan berkhasiat? Habbatus Sauda mengandungi beberapa kandungan yang diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah : |
1. Mineral
Mineral yang terkandung seperti kalium, fosforus, kalsium dan banyak lagi. Jika dilihat pada kandungan nutrisinya, ternyata sumber-sumber mineral ini agak tinggi terutamanya kalium, kalsium dan fosforus Kalium adalah mineral penting dalam penjagaan jantung dan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai komponen anti-hypertensi, iaitu merendahdan mengawal tekanan darah serta mengawal pergerakkan otot. Kalsium dan fosforus berfungsi dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang untuk menampung pergerakkan badan. 2. Serat Serat larut adalah salah satu jenis serat yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan. Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20g - 30g sehari. Serat banyak terkandung dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijian termasuklah Habbatus Sauda Serat memberi impak baik dalam penjagaan usus iaitu melancarkan penhadaman dan berfungsi dalam mengawal gula serta kolestroldalam darah. Kandungan serat dalam 100g |
Habbatus Sauda sama seperti 100g oat. Jestru itu pengambilan Habbatus Sauda dalam diet seharian mampu untuk melengkapkan keperluan serat ini.
3. Kompaun Bioaktif
Kompaun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan dan makanan tertentu seperti kekacang, sayur-sayuran, minyak dan bijirin penuh. Menurut kajian, kompaun bioaktif ini berperanan sebagai anti-hipertensi, antioksida, anti-kanser dan banyak lagi. Pendek kata, ia mampu memberi impakpositif pada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada Habbatus Sauda ialah beberapa komponen iaitu trans-anethole, p-cymene limonene, carvone, a-thujene, thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), dithymoquinone, carvacrol. Khasiat Habbatus Sauda pada kesihatan Memandangkan Habbatus Sauda mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat Habbatus Sauda yang dapat di rungkai adalah : |
1. Aktiviti Antioksida
Habbatus Sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol. Ini menjadikan Habbatus Sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakkan.
2. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Memandangkan Habbatus Sauda juga sejenis tumbuhan berbiji ia turut menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula dalam darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.
Terdapat satu kajian pemberian minyak Habbatus Sauda sbanyak 1.5 ml dan 3 ml /hari terhadap pesakit diabetes selama 20 hari. Keputusan yang diterima agak memberangsangkan apabila paras gula dalam darah menurun
3. Menurunkan Paras Kolestrol
Kolestrol di hasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolestrol terbahagi kepada dua iaitu LDL (Kolestrol Jahat) dan HDL (Kolestrol Baik). Peningkatan kolestrol jahat dalam tubuh merisikokan kita mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Habbatus Saudamerupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam Habbatus Sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolestrol
4. Mengawal Tekanan Darah
Habbatus Sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.
Jika di lihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan Habbatus Sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik
5. Bertindak Sebagai Anti-Radang
Kajian menunjukkan minyak Habbatus Sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak Habbatus Sauda memiliki kesan baik sama seperti 'painkiller'.
Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap haiwan dan ia menunjukkan impak positif dalam mengurangkan kesan radang, lebih banyak kajian terhadap manusia yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya.
6. Aktiviti Antimikrobial
Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus Sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia Coli, Enteritidis, and Serratia Marcescens.
Bakteria-bakteria ini dikategorikan sebagai yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan.
7. Anti-Fungal
Habbatus Sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam Habbatus Sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.
Menurut kajian ini lagi, Habbatus Sauda juga boleh dijadikan potensi sebagai bahan pengawet semula jadi pemakanan supaya tidak cepat rosak dan basi.
8. Anti-Kanser
Habbatus Sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.
Menurut kajian, thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel obnormal kanser.
9. Penjagaan Kesihatan Perut Dan Penghadaman
Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.
Dalam satu kajian terhadap haiwan, 20 tikus yang menghidap ulser di perut telah dirawat dengan menggunakan Habatus Sauda. Ia menunjukkan kesan pulih sebanyak 83% terhadap tikus-tikus terbabit dan memiliki peratusan keberkesanan hampir sama seperti ubat biasa yang digunakan merawat ulser.
10. Bertindak Terhadap Kesuburan Lelaki
Masalah ketidaksuburan boleh memberi implikasi besar terhadap pembinaan sesebuah keluarga. Sperm yang abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Menurut kajian yang di jalankan, kaedah terbaik untuk mengatasi masalah sperm abnormal adalah dengan memberi rawatan menggunakan bahan antioksida
Habbatus Sauda dikatakan sebagai salah satu potensi herba atau kaedah tradisional yang boleh membantu dalam masalah ketidaksuburan lelaki kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Habbatus Sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terrutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual dipasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Rujukan :
1. Bukhari, M.H.,Khalil, J., Qamar, S., Qamar, Z., Zahid, M.,Ansari, N., & et al(2011). Comparative gastropotectiveeffects of natural honey, Nigella Sativa and induced gastric ulser in albino rats. Jurnal og College of Physicians and Surgeon of Pakistan, 21(3). 151-6
2. Link, R. (2018). 9 impressive benefits of Kalonji (Nigella Seeds). Headthline
3. U.S Department of Agriculture (n.d). Food composition database. United States: USDA
4. Yimer, M.A., Tuem, K. B., Karim, A., Ur-Rehman. N., & Anwar, F.(2019). Nigella Sativa L. (Black Cumin): A Promising Natural Remedy for Wide Range of Illnesses. Evidence-based Complimentary Alternatif Medicine 2019.
Antara Khasiat NigElla Sativa - Al Habbatus Sauda
Sertai kami sebagai agen dropship smtcbiz