Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalamkedua-duasyurgaituterdapatbuah-buahan, pokokkurmadanpokokdelima.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’amayat 99 yang bermaksud :
Dan Dialah yang menurunkanhujandarilangitlalu Kami tumbuhkandengan air hujanitusegalajenistumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkandaripadanyatanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula daritanamanitubutir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dandaripohon-pohontamar (kurma), darimayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandanbuah yang mudahdicapaidandipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebundarianggurdanzaitonsertabuahdelima, yang bersamaan (bentuk, rupadanrasanya) dan yang tidakbersamaan. Perhatikanlahkamukepadabuahnyaapabilaiaberbuah, danketikamasaknya. Sesungguhnya yang demikianitumengandungitanda-tanda (yang menunjukkankekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’amayat 141 yang bermaksud :
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ada sejumlah atsar hadis tentang buah delima yang dinisbahkan kepada Rasullah S.A.W atau kepada keluarga baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang Bermaksud :
Buah Delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.